LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

Sunday, January 15, 2017

Kisah taubat Kaab bin Malik RA


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4201.

Maksudnya : "Abdu bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdul Razaq memberitahukan kepada kami. Ma'mar memberitahukan kepada kami dari Zuhri dari Abdur Rahman bin Ka'ab bin Malik dari, ayahnya, ia berkata:

"Saya tidak pernah tertinggal dari Nabi SAW. di dalam peperangan yang beliau ikut dalam perang itu, sampai pada perang Tabuk, kecuali perang Badar dan Nabi tidak mencela seseorang yang tidak ikut perang Badar kerana ia keluar hanya menginginkan harta, dan orang-orang Quraisy keluar mereka menginginkan harta-hartanya, mereka bertemu (perang) tidak pada hari penentuan perang seperti yang telah difirmankan oleh Allah Taala. Selama hidup ku sesungguhnya yang paling mulia pertemuan Rasulullah pada manusia adalah pertemuan di Badar, dan yang paling saya senangi iaitu saya bisa mendatangi tempat baiah ku, Baiatul Aqabah ketika saya berjanji di dalam Islam, kemudian sesudah itu saya tidak pernah tertinggal (perang) dari Nabi sampai pada perang Tabuk iaitu perang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW., Nabi SAW. memberitahukan kepada manusia untuk berangkat. Rawi menuturkan hadis panjang. Ka'ab bin Malik berkata :"Saya berangkat kepada Nabi SAW. ketika itu beliau sedang duduk di masjid di sekitarnya ada beberapa orang Islam, beliau kelihatan bersinar (bersuka cita) seperti sinar bulan, beliau setiap bersuka cita dalam satu urusan selalu bersinar, saya datang dan duduk diantaranya. Nabi SAW. bersabda :"Bergembiralah hai Kaab bin Malik dengan hari yang bagus yang datang kepada mu semenjak engkau dilahirkan oleh ibumu. Saya bertanya :"Hai Nabi Allah ! khabar gembira  itu datang dari Allah atau dari kamu ?", Nabi bersabda :"Tidak, kabar itu dari Allah, kemudian Nabi membaca ayat-ayat ini; (Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin, dan orang-orang Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka) Kaab bin Malik berkata :"Untuk ku juga turun ayat : (Bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar). Kaab bin Malik berkata :"Saya bertanya : Hai Nabi Allah, sesungguhnya taubat ku iaitu, saya tidak akan berbicara, kecuali berbicara dengan benar dan saya akan mengeluarkan semua harta ku untuk sedekah kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. bersabda :"Tahan sebahagian harta mu itu lebih baik untukmu". Saya berkata :"Saya telah menahan sebahagian yang ada di Khaibar. Kaab bin Malik berkata :"Tiada nikmat Allah yang paling besar sesudah saya masuk Islam, kecuali sesudah saya membenarkan Rasulullah SAW ketika saya dan para sahabat membenarkannya dan tidak membohongkannya sehingga kita binasa seperti binasanya orang-orang terdahulu, dan semoga Allah tidak menguji seseorang di dalam masalah kebenaran (tidak bohong) seperti yang telah Allah ujikan kepada ku iaitu saya tidak akan berbohong sesudah (saya masuk Islam) dan saya berharap semoga Allah menjaga ku untuk selanjutnya. 

Hadis ini telah diriwayatkan dari Zuhri dengan selain sanad ini, ada yang mengatakan dari Abdurrahman bin Abdullah bin Kaab bin Malik dari ayahnya dari Kaab, ada yang mengatakan tidak demikian, Yunus bin Yazid meriwayatkan hadis ini dari Zuhri dari Abdurrahman bin Abdillah bin Malik sesungguhnya ayahnya menceritakan dari Kaab bin Malik


Wednesday, October 23, 2013

CONTOH REFLEKSI

Refleksi kumpulan (Sebelum perbentangan slaid dibuat)

Pada 12 Oktober yang lalu, kumpulan kami yang terdiri daripada tiga ahli telah berbincang tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami iaitu berkenaan tentang slaid yang rosak. Slaid ini dikatakan rosak kerana tidak memaparkan sesuatu yang baik yang patut ada pada sesuatu slaid.  Kami telah berbincang dan mendapati banyak yang perlu diperbaiki pada slaid ini dan akhirnya kami membuat keputusan yang kolektif bagi membetulkan keadaan yang sedia ada.

Sebelum memperbaiki slaid itu, kami mencari maklumat daripada internet terutamanya sebagai rujukan utama kami. Kami memilih internet sebagai rujukan kami adalah kerana sumber maklumatnya yang pelbagai dan kami meneliti dari satu link ke satu link yang lain. Banyak sumber rujukan berbahasa Inggeris jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu yang kami dapati. Itu tidak menyukarkan kami kerana sumber rujukan dalam Bahasa Inggeris itu tidalkah sukar kami fahami kerana ianya sumbernya dapat kami fahami dengan mudah. Sumber itu menyatakan kata kunci yang patut ada pada sesebuah slide, warna, jumlah font, saiz font dan sebagainya. Dengan pemahaman yang telah didapati di dalam sumber ini maka kami bandingkan pula dengan tugasan kami untuk membetulkan slaid yang dikatakan rosak itu untuk diperbaiki menjadi slaid yang bermutu.
Semasa perbincangan, kami menjangkakan yang poin-poin yang bakal dibentangkan kelak sama atau hampir sama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Itu difikirkan terjadi kerana kebanyakan sumber yang kami dapat dari internet juga sama antara satu link dengan link yang lain. Maka, tidak mustahil juga poin perbentangan yang bakal diadakan kelak akan hampir serupa antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Oleh sebab yang demikian, kami memikirkan sedikit kelainan daripada kumpulan lain supaya persembahan kami juga nampak seakan lain daripada kumpulan yang lain.

Apa yang lainnya adalah, sebelum kami membentangkan poin-poin yang harus diperbaiki pada sesebuah slaid. Kami telah berbincang untuk melihat sedikit pada sudut yang lain seperti cara penyampaian adakah suara yang jelas, cara pemakaian, kedudukan yang harus ada pada seseorang guru apabila membentangkan slaid, adakah seseorang guru membaca slaid pada layar putih atau pun membaca slaid pada komputer, eye contact, dan seumpamanya. Ini harus diambil enteng oleh guru sebagai memepersiapkan diri seorang guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP). Walau bagaimana berkualiti sesuatu slaid, kalau seseorang guru tidak mempersiapkan diri sebagaimana yang sepatutnya maka mesej yang hendak disampaikan di dalam sesuatu slaid tidak menambah pemahaman pelajar sebaliknya pelajar bosan dengan pemahaman yang diberikan.



Setelah pelbagai sudut dilihat sama ada diri guru itu sendiri yang harus mempersiapkan diri sebelum perbentangan diadakan dan kualiti slaid itu sendiri telah kami perbincangkan. Maka, tindakan dibuat bagi mempersiapkan diri kami dan membetulkan slaid yang telah rosak itu. Dua gabungan ini pasti akan menghasilkan persembahan kami yang menarik. Jumpa kami pada minggu perbentangan. Sekian.

Thursday, July 18, 2013

SOP Pemuliharaan Tanah Untuk Kolam Ikan

1.    Berbincang dahulu dengan pihak perikanan dan minta nasihat daripada pakar perikanan.
2.    Pastikan punca air diuji dahulu oleh pihak perikanan supaya air yang dibekal ke kolam ikan benar-benar selamat untuk ikan. Cara lain untuk uji punca kualiti air adalah dengan memasukkan ikan lampam jawa kerana ikan ini adalah ikan yang paling sensitive terhadap kualiti air.
3.    Gali tanah ikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut bilangan ikan yang akan diternak. Pastikan system perpaipan air masuk dan keluar mengikut standard yang telah ditetapkan.
4.    Jangan masuk air terus ke dalam kolam, biarkan kering selama 2 minggu. Sebaik-baiknya dibiarkan kering semasa musim panas kerana kepanasan matahari boleh membunuh bacteria dan kuman yang terdapat di dalam kolam itu.
5.    Selepas 2 minggu, masukkan air sehingga penuh dan selepas penuh keringkan semula supaya permukaan tanah basah. Ini dibuat untuk memasukkan kapur (hydrated lime) ke dalam tanah untuk memastikan tanah berada pada pH 7.5 – 8.0. Tanah yang basah dapat mengelakkan kapur daripada terbang.
6.    Biarkan selama 3 hari dan selepas itu masukkan air ke dalam kolam.
7.    Masukkan pula baja (satu karung guni@mengikut saiz kolam – anggaran sudah la) seperti taik ayam, taik lembu (bercampur pun tidak mengapa) ke dalam kolam selama 1 minggu. Tujuannya adalah untuk menghasilkan plenton/alga yang dapat memberi oksigen ke dalam air seterusnya memberi oksigen kepada ikan. Setelah 1 minggu perubahan warna terhadap air akan terhasil kearah kehijau-hijauan. Hijau yang bagus adalah tidak terlampau pekat cukup sekadar kita celup tangan kita hingga ke siku dan nampak telapak tangan kita. Ingat!! Ikat karung guni itu sebelum masuk ke dalam air kerana selepas 1 minggu tarik sahaja dan anda tidak perlu bersusah payah turun ke dalam kolam.
8.    Uji air di dalam kolam supaya air berada dalam standard yang telah ditetapkan.
9.    Apabila air berada dalam standard yang diluluskan, anak ikan sedia dilepaskan. Anak ikan yang dilepaskan seelok-eloknya bersaiz 2” supaya tahan lasak. Jika terlampau kecil, dikhuatiri akan mati.